Perjalanan dari Guesthouse kami ke Nami Island agak jauh..Lebih kurang 2++jam.. Pagi-pagi kami dah bangun.. Selepas solat subuh, dan sarapan, kami semua turun ke lobi dan berkumpul di situ..
Ada beberapa cara nak ke Nami Island, sama ada naik bas. Tapi bus pick up only di Insadong /Namdaemun Gate..(Bas ada satu sahaja iaitu jam 9.30 pagi dan balik jam 4.00 petang .Jadi agak terkongkong di situ..Rasanya untuk ke tiga-tiga tempat, tak cukup masa).
Oleh itu, kami telah memilih mengunakan cara ke2, iaitu mengunakan ITX Train..Tiket ITX ni saya dah beli online..Jadi, seat dah terjamin.
Cara ke Nami Island mengunakan ITX Train :
dari Myeongdong Station -->Dongdaemun--> Cheongyagni-->dari Cheongyagni naik ITX terus ke Gapyeong
Dari Myeongdong hingga ke Cheongyangni, tiada masalah sebab kitorang naik subway..Tapi bila sampai ke Cheongyangni ,kami melilau-lilau cari office ITX...Ops sudah!!! Masalah ni...Tinggal beberapa minit lagi train nak sampai...Kami bertanya kepada dua tiga orang di situ, malangnya mereka tidak boleh berbahasa Inggeris..Nasib ada seorg Oppa hensem yang membantu masa tu..(kebanyakan anak muda korea dah boleh berbahasa Inggeris) Kami berjaya mendapatkan tiket..(walaupun kita dah beli online, tiket original kena ambil di office ITX -Tunjukkan booking confirmation)
muka dah cuak, tak jumpa office utk claim ticket.. |
sesi menberi tiket pada ahli rombongan |
muka dah senyum sbb dah melepasi saat2 genting tadi.. |
Tiket ITX (dari jam 7.15 pagi dan sampai Gapyeong 7.55 pagi) |
Nasib baik, kami dapat naik train tu on time..Kalu tak, terpaksa fikirkan plan lain pulak..Perjalanan dari Cheongyangni Station ke Gapyeong lebih kurang 40 minit..Kami tiba di Gapyeong jam 8.00 pagi..
Dari Gapyeong Station nak ke Nami Island, terdapat Gapyeong Tour Bus (harga tiket 5,000 won-cuma bayar sekalidan boleh naik sebanyak mana yag kita nak..Bas ni akan pergi ketiga-tiga tempat yg kami nak pergi hari ni). tapi memandangkan kami sampai awal (bas start operasi jam 9.00 pagi), kami terpaksa ambil teksi ke Nami Island.
teksi yang kami ambil ke nami Island |
Dah sampai..syoknya!!! |
beli tiket dahulu...harga 10,000 won |
Dah sampai, tempat yang dituju ialah unggun api..harap-harap boleh panaskan tangan yang dah kesejukan tu..
Info berkaitan Pulau Nami :
"Pulau Nami menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama sensasi Korea, Winter Sonata. Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.
Di sebabkan kawasannya yang luas, kami telah memilih untuk menyewa basikal..(Gigih di Malaysia, berpuluh2 tahun dah tak naik basikal)..Ada berbagai jenis basikal yang boleh disewa disini, dan kami telah memilih couple basikal..sambil-sambil tu feeling yujin dan joon sang:)
Ni basikal yg kami sewa.. |
Dah tengahari, kami pun dah penat..Perut pun dah mintak diisi..Di Pulau Nami, tidak ada masalah untuk dapatkan makanan halal. Ini kerana ada satu restoran yang mendapat pengiktirafan halal . Nama restoran ini ialah Cafe Drama..
order dulu.. |
Campuran nasi +tuna+kimchi +telur |
Sarung tangan untuk mengoncang..Hati-hati masih panas!! |
Sekitar Pulau Nami:
kakak ku yang ayu:) |
Jom layan gambar kami di Petite France pula:)
Dalam sejam setengah juga kami sini, kami nak ke tempat lain pula:)
Untuk ke garden of morning calm, kami naik bas yang sama yang kami naik ke Petite France tadi.(tidak perlu lagi bayar, just tunjuk tiket yang kita beli tadi).Sementara menunggu bas, sempat saya dan kakak tengok gambar yang kami ambik tadi..hehheh(sabo je ler...)
sempat lagi... |
Dah sampai destinasi, kami pun turun dari bas..Tapi wow...sejuk sungguh..rasa kebas semua muka.. Nasib ada mafla, kalau tak mmg dah beku mukaku...See gambar kat bawah ni...
Serius tak tahan... |
kakak ku masih mampu lagi tersenyum...hebat2:) |
Hampir sejam lebih juga kami disitu, kami pun kembali ke Seoul..Untuk ke Seoul, kami menaiki bas ke Gapyeong Station, dan seterusnya ikut routes yang sama macam pagi tadi..
dari Gapyeong ITX ke Cheongyagni -->Dongdaemun-->Myeongdong Station
# Kami singgah makan malam di Dongdaemun dulu malam tersebut sebelum balik ke Guesthouse
Driver bas Gapyeong City Tour |
Driver siap ajak suami bergambar di depan bas lagi.. |
Dari gapyeong nak balik ke seoul guna itx kena beli tiket lain eh? P
ReplyDelete