Singgah isi minyak.See masih gelap gulitakan!! |
Kami melalui ladang gandum..Dan kami ambik peluang untuk bergambar disitu..
ladang gandum |
Nampak tak kepoyoannya tu?? |
Kami dibawa ke Taj Mahal..Walaupun ini kali ke2 aku di Taj Mahal, aku masih lagi berharap akan ke sana lagi..Terpegun dengan senibina dan kesenian yang ada pada Taj Mahal.
Sejarah Taj Mahal :
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Sekitar Taj Mahal
Hampir 2 jam kami dalam Taj Mahal, tiba-tiba hujan lebat. So terperangkap kami di situ..Setelah hujan reda, kami teruskan perjalanan ke Agra Fort pula..
Sekitar Agra Fort
Agra Fort terletak di dalam kawasan Agra juga dan tak berapa jauh dari Taj Mahal itu sendiri.Agra Fort pun tak kurang hebatnya, sangat-sangat cantik.. Setelah selesai lawatan di Agra, kami bergerak balik ke Delhi semula..Kali ini kami mengunakan highway.Highway di sini sama juga macam di Malaysia, cuma yang membezakan setiap 200 meter ada speed trap..Jadi mereka mmg mematuhi had laju..
Kami sampai di Delhi.. Kami minta driver hantar kami makan di restaurant Karim dahulu untuk makan malam.Perut dah keroncong..Setelah menikmati makan malam, kami balik ke hotel..
No comments:
Post a Comment