Wednesday, 8 July 2015

INCREDIBLE OF INDIA - Day 1

Kenapa nak pergi India lagi??? Syok sangat ke? Itu soalan yang ramai org tanya kat aku bila aku bagitau pasal trip ke2 aku ke India?? Pergi dan experience sendiri...For sure korang jatuh cinta...Hahaha..(jangan jatuh cinta dgn orgnya dah le!!!).  Satu reason aku repeat ,sebab gambar aku kat Kashmir ari tu blur..Aci tak reason tu?? Hehehe..

Blur...Sob sob

Reason kedua sebab aku punya visa masih valid..nak buat visa lain agak mahal..So, alang-alang dah keluarkan duit RM180++ macam tu, baik le aku memaksimumkan pengunaannya..Mr Hubby pun merestui.(terpaksa sbb tau bini dia mmg suka jalan)..Trip kali ni ditemani 4 kawan, Kak Ikin, Kak Sali, Cikgu Jamil dan isteri, Kak Faridah.

Sebenarnya, trip kali ni, kami rancang tak lama..Aku godek2 AirAsia, plannya nak ikut trip yg sama macam trip lepas..Dari KL-Kolkata-Delhi-Srinagar.. Tp bila tengok harganya around RM2k jugak masa tu.. Kebetulan pulak masa tu, MAS ada buat promo..Dalam RM1.3k return tiket dari KL-Delhi..Plus dengan tiket ke Delhi-Srinagar RM600.So, flight tiket RM1.9k..Aku memilih MAS untuk penerbangan kali ini..(actually ini pengalaman pertama aku naik MAS)

Flight kami ke Delhi pada 14 Mac, jam 6.40 petang.. Dari Taiping, kami naiki bas Starmart (harga tiket RM85 return) ke KLIA. Bas yg kami naiki sepatutnya bertolak jam 10 pagi..Tapi malangnya sampai jam 11 pagi, bas masih lagi tak bergerak..Kami dah risau..Jam 11am, driver dah start berjalan..Muka masing-masing dah gumbira..Tapi nak dijadikan cerita, bas tersebut singgah di Simpang untuk ambil penumpang lain, dan hanya mula bergerak jam 12 tengahari..Kami berdebar kembali..Masing-masing harap bas tersebut bawak laju dan sampai airport on time.Biasalah, sampai di RnR, driver akan berhenti rehat..Driver tersebut bagi masa 20 minit..Bayangkan ada satu family ini, dah 50 minit tapi tak datang-datang ke bas..Keadaan kami masa itu hanya Allah je tahu..Kami gesa driver jalan je..Tapi driver kata dia kena tunggu penumpang..Masa tu, jam pukul 3.00 petang..
Penumpang yg lewat tu datang, dan yang sakit hatinya muka takde pun rasa bersalah...Nasib baik, driver bas selepas itu bawak laju, dan kami selamat sampai KLIA jam 5.30 petang..Urusan check in pun berjalan lancar...

Perjalanan MH 190 ke Delhi mengambil masa 5 jam. kami sampai jam 10.00 malam di Delhi..Di Delhi, kami di jemput oleh driver. Nama driver tu Shyam Singh...Umurnya dalam 50+..Dia yang akan bersama kami untuk 3 hari di Delhi sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kashmir. Kami dihantar untuk check in di Hotel Nadhkathar Suites. Tiada aktiviti malam itu sebab masing-masing dah penat..



No comments:

Post a Comment