Thursday, 9 July 2015

Incredible India- Day 3

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Delhi...Setelah selesai sarapan, kami check out untuk meneruskan perjalanan ke Kashmir pula..Terbayang-bayang Chacha dan Chachi akan menunggu  disana..(Chacha dan Chachi ialah pemilik Houseboat yang kami akan menginap di Kahmir)..Berasa rindu pada masakan Chachi yang sedap dan layanan Chacha yang menganggap kami macam anaknya sendiri.. Misi kami juga nak main salji dan ski di Kashmir.(harap-harap tercapai)

Sudah check out...Uncle Shyam Singh letakkan luggage kami di atas kereta
 Memandangkan flight ke Kashmir pada jam 11 pagi, kami ada masa untuk city tour..Aku minta Uncle Shyam Singh bawa kami jalan-jalan dulu..Uncle Shyam Singh tak banyak kerenah, ikut sahaja permintaan kami..Kami di bawa ronda-ronda.

Jom lihat sekitar Delhi









Setelah itu, kami segera ke airport. Penerbangan kami ke Kashmir adalah mengunakan penerbangan Indigo Airlines.Semasa kami check ini, petugas tersebut telah memaklumkan kemungkinan flight akan delay. Katanya ada masalah cuaca.
Kami menunggu dan menunggu...Hati dah tak senang duduk..Sudah hampir 2 jam. Flight dimaklumkan delay.Suasana di airport dah crowded dengan orang.Flight kami masih lagi tidak kunjung tiba..Flight yang sepatutnya awal dari kami pun masih delay..Aku mundar mandir di airport..Tanya pada petugas di kaunter, kami disuruh tunggu..
"All flight to Srinagar is cancelled. Please proceed to Counter B for futher explanation" tiba-tiba satu announcement dibuat oleh pihak airlines.Aku mula jadi tak keruan..Oh sudah!! mana nak pergi? Nak tidur mana? Aku tiada plan B..Sebab hati memang dah terbayang-bayang Kashmir, bukan Delhi..



Suasana diairport masa itu..Crowded..
Keadaan masa itu sangat tegang..Kami terpinga-pinga..Tiada hala tujuan..Aku terus ke kaunter untuk dapatkan penjelasan dari pihak airlines. Tugas mengambil luggage diserahkan pada rakan-rakan lain..Suasana bingit dengan jeritan penumpang yang minta penjelasan dari pihak airlines..Line untuk beratur terlalu panjang..Sudah tidak nampak mana satu barisan..Aku memberanikan diri..Masuk dicelah-celah mereka yang sasa itu..Dan akhirnya aku didepan. Diberi dua pilihan, samaada refund atau masih mahu meneruskan flight ke Srinagar..tapi tarikh yang ada hanya pada 21 Mac ke atas..
 Pilihan yang kami ada hanyalah refund memandangkan kami akan balik ke Kl pada 19 Mac.
Setelah selesai urusan di kaunter, kami duduk berbincang..Sesuatu harus dilakukan..Duit kami tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja..Cuma tinggal saki baki untuk ke shopping di Kashmir. Aku menelefon Travel Agency, memaklumkan apa yang berlaku pada kami..Dan akhirnya kami telah mengambil pakej tmbahan, 3 hari 2 malam ke Shimla.Plan kami sudah berubah, dari Kashmir ke Shimla..
Pukul 4 petang, kami diambil oleh driver..Setelah solat di Jamia Mosque, dan makan malam (sekali merangkap makan tengahari) kami check in semula hotel yang kami check out pagi tadi..(Malu, pagi tadi dah say bye bye!!!).




wajib makan di Karim restaurant..Sedap.

 Kami tidak terus ke Shimla hari ni kerana petang. Perjalanan ke Shimla adalah 7 jam. Esok pagi kami akan bergerak ke Shimla.
Malam itu, kami hanya tidur dalam kepenatan.. Terbayang-bayang Chacha dan Chachi, terbayang-bayang snow yang tinggi, terbayang-bayang main ski...Apa-apapun, perancangan Allah lagi hebat...Kita hanya mampu merancang.....


2 comments:

  1. Assalamualikum..bila nak sambung cita ke Shimla..:)

    ReplyDelete
  2. salam sis..
    blh mintak email atau no fon? sy nak tanya psl trip ke shimla

    ReplyDelete