Jarak dari Seoul nak ke Yongpyong adalah 3 jam (itu kalau bus non stop)..Ada 2 option yang boleh diambil nak ke Yongpyong Ski Resort..Pertama naik bus direct dr Seoul..(bas dari pukul 6.00 pagi di Lotte World)..Memandangkan kami pun dah lewat untuk naik bas pukul 6.00 pagi tu, kami terpaksa naik bas lompat2..Agak mencabar trip hari ini..First sekali kami naik subway dari Myeongdong ke Gangbyeon Station..Dari Gangbyeon Station, kena pergi Station Dong Seoul pulak.Dari Dong Seoul naik bas ke Hoenggye Station..Dari Hoenggye Post Office naik pula free shuttle bas ke Yongpyong Ski Resort..
Myeongdong --> Gangbyeon Station --> Station Dong Seoul ---> Hoenggye Station --> jalan kaki pergi Hoenggye Post Office (naik free shuttle di sini)
(perjalanan mengambil masa 4 jam++)..Sebenarnya agak susah nak berinteraksi semasa nak beli tiket bas..Sebabnya diorang tak faham sangat english (saya pun bukan pandai benor, broken je pun...)Tapi luckily, saya dah siap-siap tulis nama tempat tu dalam bahasa korea (tq google translate) dan tunjukkan saja pada kaunter tiket...Orang korea sgt2 helpful, diorg tunjuk sampai depan bas..Moral of the story, malu bertanya sesat jalan.
tunggu free shuttle bus disini |
Agak lenggang disini- Pekan Hoenggye |
Dah sampai....Misi berjaya:) |
Kami tidak main ski pun disini...Kami hanya sightseeing lokasi drama Winter Sonata. Untuk ke lokasi drama tersebut, perlu naik cable car untuk ke Balwang mountain dengan ketinggian 1,458m. Harga cable car tu saya dah lupa (dalam 15,000 won kalau tak silap)
dalam cable car |
dah nak sampai |
Setelah 20 minit dalam cable car, kami sampai ke puncak (dikenali sebagai Dragon Peak)..Turun sahaja cable car, sejuk dah sampai ke tulang...(kat bawah tadi boleh tahan lagi walaupun dah mengeletar)
suhu -6.5 okey!!! mak tak tahan.... |
Tapi disebabkan rasa
Meh tengok bagaimana pula rasanya kalau bergambar dalam suhu -6.5 celcius ye!!!
senyum terpaksa |
gigih sangat |
hahaha..tau pun sejuk... |
Tinggal le saya sorang di luar.
Jom tengok pemandangan di sini...
Setelah puas hati (
nasi goreng bodo je..tp sedap sebab lapar... |
ikan bilis dan telur saje pun sedap... |
Kami ronda-ronda kawasan ski pula...
tak berski, tapi ambik aura org berski,ok le kan??? |
akhirnya ada juga gambar kami berdua..Tq pada photographer yg sudi tolong kami |
Dah penat berpusing-pusing, kami balik semula ke Seoul...Kali ni, kami naik bas direct dr Yongpyong Ski Resort ke Seoul.Itu pun, nyaris-nyaris nak kena tinggal jugak..Berkejar-kejar jugak kami naik bas tersebut..(kalau tak, kena ambik bas lompat-lompat macam kami datang tadi)
Kami tiba di Seoul dalam pukul 6.00 petang..
Dalam Subway nak ke Myeongdong, snow dah turun dengan lebatnya...Kami kesejukan..Aku dan suami, asalnya nak tunggu geng2 yang baru sampai di subway sahaj..Tp disebabkan sejuk melampau, kami tunggu dulu di bilik..Tunggu punya tunggu, diorg tak sampai2 juga..Akhirnya, aku dan suami turun balik, dan tunggu juga di subway...Hati mulai resah...Call tak berangkat..tetiba nampak kelibat diorg..Lega rasanya..Rupa-rupanya flight diorg delay..Malam itu, kami hanya makan di Myeongdong..Esok ada misi lain pula, ke Pulau Nami pula...
nak tanya bus direct dari yongpyong resort ke seoul tu nak beli dimana ye? tak payah pre book ke?
ReplyDelete