Saturday, 11 July 2015

Seoul Punya Cerita - Day 1

Hari ni tetiba je craving banana uyu..Banana uyu ni merupakan minuman wajid kat Korea..Kalau siapa yg tak try, mmg rugi le..Banana uyu ni lebih kurang macam vitagen..Sizenya yg kecil mmg tak cukup kalau minum satu..(serius mmg sedap!!!)



Serius craving banana uyu ni...Ada sesiapa yg boleh tolong beli??

Bagi hilangkan rasa craving tu, moh hari ni kita cerita pasal trip ke Seoul pula..Trip ni sebenarnya merupakan kali ke2 saya ke Korea..Trip pertama, kami ambil pakej dengan student Malaysia di sana, dan kali ini kami backpackers sendiri..Untuk trip ini, kami pergi seramai 11 org..Sebenarnya, backpackers sendiri lagi menarik.Lebih bebas dan tidak terikat..Dan yang lebih penting, lebih murah:) (jimat RM dan WON)
Ok, dipendekkan cerita, saya dan suami pergi lebih awal sehari dari geng-geng yang lain..Perjalanan dengan Airasia X dan mengambil masa selama 6 jam 30 minit.. Kami sampai lebih kurang 8.30pagi..Selesai imigresen, terus saya dan suami menaiki bus ke Seoul..Panduan untuk menaiki bas ke Seoul :
Lepas baggage claim, kuar ikut exit 5 pergi sebelah kiri (AD – Exit 1-6), cari signboard bus 6015. Last stop Sejong Hotel. Fare 10000 Won.

Please fasten your seat belt..Kalau tak, driver marah..
Kami turun di Myeongdong kerana saya telah memilih guesthouse disini.Guesthouse yang dipilih ialah IBVILLE..Dari bus stop kami berjalan ke guesthouse. Tiada masalah untuk saya cari guesthouse ini sbb saya telah menginap di kawasan yang sama tahun lepas..(sebelum ini di Namsan Guesthouse). Tapi macam biasa, struktur muka bumi di Seoul adalah berbukit-bukit..(please pakai kasut yang sesuai kalau taknak sakit kaki).Agak sakit kaki nak mendaki bukit ditambah pula oleh beg-beg yang banyak..(travel time winter banyak nak kena bawa.)
Kami tidak dibenarkan untuk check in lagi..Kami meletakkan beg di guesthouse sebelum keluar semula ke Myeongdong untuk makan tengahari(perut dah lapar).

ronda-ronda di Myeongdong-muka dah kepenatan
makan nasi goreng seafood di myeongdong

Selepas makan, saya ajak mr hubby ke Dongdaemun.. Ada misi yang dicari disana untuk trip esok..(apakah yang dicari itu??)  Untuk ke Dongdaemun, kami menaiki subway..First time saya nak naik subway sendiri..Mr hubby bagi kepercayaan penuh kepada isterinya..(kalau sesat, kami sesat berdua katanya!!)

Jom kita naik subway...
di station Myeongdong

pastikan laluan yang betul untuk ke Dongdaemun :)
Kami pun sampai di Dongdaemun...Wah, meriah sungguh di sini..Winter coat murah-murah!!!Harga dari 10,000 won atau RM30 ke atas.. Kalau kat Malaysia, paling murah pun harga winter coat RM2++ (bundle terkecuali) So, siapa yang datang ke Seoul masa winter, wajib datang Dongdaemun..Mata saya dah berpinau-pinau masa ni...Serius sgt murah..Semua kelengkapan winter ada dijual disini..Apa yang saya beli disini :
Mafla - harga dah lupa, rasanya dalam RM10 kot satu..
Sock - sejuk gedi, mmg kena pakai khusus untuk winter
Winter coat- suami punya

winter coat rm30..main longgok2 je..
Sebenarnya misi saya ke dongdaemun, nak beli winter boots..Esok nak pergi ke Yongpyong Ski Resort..So, targetnya nak beli disini..Adakah saya beli???jeng-jeng....

winter boots...
winter boots lagi..
Agak-agak saya beli tak??
Sebenarnya saya tak beli..Huhuhu..agak menyesal disitu..Sebenarnya mmg banyak boots disitu, dan mmg murah-murah..sama macam winter coat juga..harga dari 10,000 won atau rm30..Tapi saiznya cumel sangat..huhuhu(awat kaki org korea ni kecik2????)  Jalan punya jalan, ada jumpa kedai yang jual winter boots yang saiz besar (dah try dan dah ok), tapi harganya bukan 10,000 won tapi 35,00 won (RM105). Masalahnya, masa tu rasa macam sayang pulak nak beli sebab mahal..(sebenarnya dah ok dah harga tu). Plan nak cari kat Myeongdong pulak..Akhirnya pulang ke Myeongdong, tanpa beli apa yang dihajati (sampai sekarang rasa teramat rugi....)

Balik dari Dongdaemun, terus kami check in guesthouse..Malam itu jalan-jalan di Han River sampai lewat malam...


No comments:

Post a Comment