Thursday 30 July 2015

TRIP REDAH PERTH- the planning

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin..Mood raya pun masih ada..Jemputan untuk open house pun ada lagi weekend ni..Terima kasih buat rakan2 yang menjemput..
Ok, untuk kali ni, saya nak ceritakan pasal perancangan trip ke Perth, Australia pulak..Actually, masih lama lagi trip ni..Ada lebih kurang 4 bulan lagi..First of all, why Perth?  jawapannya sebab nak merasa negara omputih pulak..Nak ke Europe, bajet tak besar..So, destinasi yang ok untuk merasa suasana omputih tu, kami pilih Perth..Sebenarnya, perancangan ke Perth ni kami dah buat bulan 6 tahun lepas..Kebetulan pulak AirAsia buat Free Seat ..Tiket return kami dapat lebih kurang RM600 seorang.Kira masih lagi dalam bajet..
Disebabkan tiket dah dibeli awal, dan ketika itu kementerian pendidikan belum keluarkan takwim sekolah utk thn 2015 lagi , nak dijadikan cerita tarikh yang kami pilih itu belum cuti..Sedih sangat ok...burn tiket yang kami dah laburkan RM600 tu..Kalau untuk seorang mungkin ok lagi, lebih malang untuk saya tiket dibeli bersama-sama suami dan 2 orang anak.Jadi, mahu tak mahu kami terpaksa juga tukar tarikh kepada bulan 11 ni..Dan untuk pertukaran tarikh kami kena bayar denda RM200 sehala untuk setiap orang..What to do, terpaksa redho je le..
Untuk trip kali ini, kami akan pergi 13 orang..So, perancangan perlu dibuat lebih awal sebab takut hostel-hostel yang good rating penuh..Trip ini juga kami akan pergi sendiri tanpa travel agency. Sebab itu saya namakan TRIP REDAH PERTH. Geng-geng TRIP REDAH PERTH ini, kebanyakan geng Korea jugak..Jadi takde masalah sebab kami akan guna konsep yang sama iaitu backpacker. Untuk kos ground, bajet kami dalam RM1500 seorang, harap-harap within the budget le..So far, accommodation dan transport dah settle..
Ok, mari kita cerita berkaitan TRIP REDAH PERTH
Pertama sekali untuk masuk ke Australia, rakyat Malaysia perlu memohon Visa/ ETA (Electronic Travel Authority). Cara memohon visa ni agak mudah.Di mana nak mohon visa ni?Kita boleh mohon di mana-mana travel agency yang menyediakan perkhidmatan ini  atau melalui online.Dan harga untuk visa ini berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang murah.Untuk Visa ke Australia ni saya buat dari travel agency di KL, dengan harga RM30 seorang..

Budget traveler macam saya memang akan cuba sedaya upaya untuk cut cost especially bila masuk bab makan. Since currency exchange antara Malaysia dan Australia agak mahal (secara kasar RM3 = AUD1), so saya akan cuba bawak sebanyak yang boleh untuk cover expenses kat part makan.dan untuk mengurangkan kos makan diluar juga, saya memilih penginapan yang ada kitchen..
Bagi Australia, negara diorg agak strict berkaitan makanan yang dibawa masuk..Ada beberapa makanan yang tidak boleh dibawa. Antaranya milo 3 in 1 dan serunding daging.


Untuk memudahkan proses, apa-apa makanan yang kita bawa kita perlu tuliskan bahan-bahan/ingredient dalam satu senarai dan masukkan dalam satu beg. Walau apapun yang dibawa, penting sekali declare setiap barang tu. Jika kita tak declare, denda yang dikenakan agak tinggi..





Tempat lawatan di Perth?
1. Caversham Wildlife  Park - nak tengok kangaroo dan wombat..Selain itu, ada farm show.


 2. Araluen Botanical Garden - ada rezeki boleh tengok tulips

http://cdn.araluenbotanicpark.com.au/wp-content/gallery/gardens/ar-gardens26.jpg

http://cdn.araluenbotanicpark.com.au/wp-content/gallery/gardens/ar-gardens18.jpg
3. E-Shed Market- shopping souvenirs
 
Image result for e-shed market
















4. Pinnacles Desert

 


5. Lancelin- Sandboarding activities

 Image result for lancelin sand dunes

 6. Cape Leeuwin Light House - boleh lihat pertembungan antara lautan hindi dan lautan Pasifik



  7. Busselton Jetty

 Busselton Jetty

 

 8. Thrombolite
 

 9. King Park

 

 Itu perancangan awalnya belum finalise lagi...











Tuesday 21 July 2015

Accomodation Review


Post kali ni saya nak cerita pula berkenaan penginapan di Seoul pula. Untuk menjimatkan wang memandangkan 1000 won =RM3,saya plan nak masak sendiri..Actually di Seoul pun ada juga restoran yg halal, tp harga makanan agak mahal dan kebanyakan terletak di itaewon.Anggaran rm40 sekali mkn..Di area myeongdong,kebab je kot yg ada..So,saya dah book awal2 guesthouse yg provide dapur dlm bilik..Barang2 kering mmg dah bawak sendiri dr Malaysia...Beras,cili kering,bawang,ikan bilis,sardin tin antara yg dibawa..
Ok,jon tgk penginapan saya sepanjang di Seoul



Sangat2 selesa, washing machine pun ada.
So,untuk penginapan ni saya bg 4.5 bintang:)

Sunday 12 July 2015

Seoul Punya Cerita -Day 3

Hari ini kami nak ke Pulau Nami. Memandangkan Nami Island terletak di Gapyeong, dan ada tarikan lain di situ, so kami plan juga untuk ke Petite France (lokasi Runningman) dan Garden of Morning Calm..Actually 2 tempat ni depend pada masa..kalau cukup masa kami akan pergi..
Perjalanan dari Guesthouse kami ke Nami Island agak jauh..Lebih kurang 2++jam.. Pagi-pagi kami dah bangun.. Selepas solat subuh, dan sarapan, kami semua turun ke lobi dan berkumpul di situ..
Ada beberapa cara nak ke Nami Island, sama ada naik bas. Tapi bus pick up only di Insadong /Namdaemun Gate..(Bas ada satu sahaja iaitu jam 9.30 pagi dan balik jam 4.00 petang .Jadi agak terkongkong di situ..Rasanya untuk ke tiga-tiga tempat, tak cukup masa).
Oleh itu, kami telah memilih mengunakan cara ke2, iaitu mengunakan ITX Train..Tiket ITX ni saya dah beli online..Jadi, seat dah terjamin.
Cara ke Nami Island mengunakan ITX Train : 
dari Myeongdong Station -->Dongdaemun--> Cheongyagni-->dari Cheongyagni naik ITX terus ke Gapyeong

Dari Myeongdong hingga ke Cheongyangni, tiada masalah sebab kitorang naik subway..Tapi bila sampai ke Cheongyangni ,kami melilau-lilau cari office ITX...Ops sudah!!! Masalah ni...Tinggal beberapa minit lagi  train nak sampai...Kami bertanya kepada dua tiga orang di situ, malangnya mereka tidak boleh berbahasa Inggeris..Nasib ada seorg Oppa hensem yang membantu masa tu..(kebanyakan anak muda korea dah boleh berbahasa Inggeris) Kami berjaya mendapatkan tiket..(walaupun kita dah beli online, tiket original kena ambil di office ITX -Tunjukkan booking confirmation)


muka dah cuak, tak jumpa office utk claim ticket..
 




sesi menberi  tiket pada ahli rombongan
 

muka dah senyum sbb dah melepasi saat2 genting tadi..

Tiket ITX (dari jam 7.15 pagi dan sampai Gapyeong 7.55 pagi)

Nasib baik, kami dapat naik train tu on time..Kalu tak, terpaksa fikirkan plan lain pulak..Perjalanan dari Cheongyangni Station ke Gapyeong lebih kurang 40 minit..Kami tiba di Gapyeong jam 8.00 pagi..


Dari Gapyeong Station nak ke Nami Island, terdapat Gapyeong Tour Bus (harga tiket 5,000 won-cuma bayar sekalidan  boleh naik sebanyak mana yag kita nak..Bas ni akan pergi ketiga-tiga tempat yg kami nak pergi hari ni). tapi memandangkan kami sampai awal (bas start operasi jam 9.00 pagi), kami terpaksa ambil teksi ke Nami Island.
teksi yang kami ambil ke nami Island

Dah sampai..syoknya!!!



beli tiket dahulu...harga 10,000 won
Setelah selesai urusan membeli tiket, jom kita naik feri ke Nami Island:)


Dah sampai, tempat yang dituju ialah unggun api..harap-harap boleh panaskan tangan yang dah kesejukan tu..


Info berkaitan Pulau Nami :

"Pulau Nami menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama sensasi Korea, Winter Sonata. Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.

Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna.Pulau Nami telah menjadi tempat wajib bagi mereka yang berkunjung ke Seoul"

Di sebabkan kawasannya yang luas, kami telah memilih untuk menyewa basikal..(Gigih di Malaysia, berpuluh2 tahun dah tak naik basikal)..Ada berbagai jenis basikal yang boleh disewa disini, dan kami telah memilih couple basikal..sambil-sambil tu feeling yujin dan joon sang:)


Ni basikal yg kami sewa..

 Dah tengahari, kami pun dah penat..Perut pun dah mintak diisi..Di Pulau Nami, tidak ada masalah untuk dapatkan makanan halal. Ini kerana ada satu restoran yang mendapat pengiktirafan halal . Nama restoran ini ialah Cafe Drama..




Di sini kami makan nasik goncang @ Dosirak rice..Sesuai dengan namanya, nasi ini perlu digoncang terlebih dahulu. Dah rata, baru le boleh makan...
order dulu..

Campuran nasi +tuna+kimchi +telur

Sarung tangan untuk mengoncang..Hati-hati masih panas!!
Selain nasi goncang, saya juga mengorder pancake..

Info : Di Nami Island ada disediakan surau untuk sembahyang..So, mudah untuk pengunjung Islam menunaikan solat..Surau terdapat di tingkat atas, sama bangunan dengan cafe Drama..

Sekitar Pulau Nami:



kakak ku yang ayu:)
Dah puas berjalan, kami ke destinasi seterusnya..Kali ni kami nak ke Petite France (gara-gara Runningman le ni)..Untuk ke petite France, kami naik feri balik ke jeti pagi tadi..dan tunggu bas Gapyeong Tour Bus..Alhamdulillah, bas sampai on time..kami terus ke Petite France..
Jom layan gambar kami di Petite France pula:)








Dalam sejam setengah juga kami sini, kami nak ke tempat lain pula:)
Untuk ke  garden of morning calm, kami naik bas yang sama yang kami naik ke Petite France tadi.(tidak perlu lagi bayar, just tunjuk tiket yang kita beli tadi).Sementara menunggu bas, sempat saya dan kakak tengok gambar yang kami ambik tadi..hehheh(sabo je ler...)

sempat lagi...

 Dari Petite France ke Garden of Morning Calm, jalan agak berbukit-bukit dan bengkak bengkok..Kepala dah start berpusing-pusing dah..Nasib tak lama, kami pun sampai.
Dah sampai destinasi, kami pun turun dari bas..Tapi wow...sejuk sungguh..rasa kebas semua muka.. Nasib ada mafla, kalau tak mmg dah beku mukaku...See gambar kat bawah ni...


Serius tak tahan...
kakak ku masih mampu lagi tersenyum...hebat2:)
 Di sebabkan sejuk yang melampau, kami berlindung dulu dalam coffee house ni..Dan menikmati secawan kopi yang mahal gara-gara nak panaskan badan..
 





 Alhamdulillah, bila dah minum coffee, badan pun dah panas semula. Kami pun keluar untuk tengok kawasan sekitar di situ...








Hampir sejam lebih juga kami disitu, kami pun kembali ke Seoul..Untuk  ke Seoul, kami menaiki bas ke Gapyeong Station, dan seterusnya ikut routes yang sama macam pagi tadi..
 dari Gapyeong ITX ke Cheongyagni -->Dongdaemun-->Myeongdong Station 
 # Kami singgah makan malam di Dongdaemun dulu malam tersebut sebelum balik ke Guesthouse

Driver bas Gapyeong City Tour
Driver siap ajak suami bergambar di depan bas lagi..