Ok, untuk kali ni, saya nak ceritakan pasal perancangan trip ke Perth, Australia pulak..Actually, masih lama lagi trip ni..Ada lebih kurang 4 bulan lagi..First of all, why Perth? jawapannya sebab nak merasa negara omputih pulak..Nak ke Europe, bajet tak besar..So, destinasi yang ok untuk merasa suasana omputih tu, kami pilih Perth..Sebenarnya, perancangan ke Perth ni kami dah buat bulan 6 tahun lepas..Kebetulan pulak AirAsia buat Free Seat ..Tiket return kami dapat lebih kurang RM600 seorang.Kira masih lagi dalam bajet..
Disebabkan tiket dah dibeli awal, dan ketika itu kementerian pendidikan belum keluarkan takwim sekolah utk thn 2015 lagi , nak dijadikan cerita tarikh yang kami pilih itu belum cuti..Sedih sangat ok...burn tiket yang kami dah laburkan RM600 tu..Kalau untuk seorang mungkin ok lagi, lebih malang untuk saya tiket dibeli bersama-sama suami dan 2 orang anak.Jadi, mahu tak mahu kami terpaksa juga tukar tarikh kepada bulan 11 ni..Dan untuk pertukaran tarikh kami kena bayar denda RM200 sehala untuk setiap orang..What to do, terpaksa redho je le..
Untuk trip kali ini, kami akan pergi 13 orang..So, perancangan perlu dibuat lebih awal sebab takut hostel-hostel yang good rating penuh..Trip ini juga kami akan pergi sendiri tanpa travel agency. Sebab itu saya namakan TRIP REDAH PERTH. Geng-geng TRIP REDAH PERTH ini, kebanyakan geng Korea jugak..Jadi takde masalah sebab kami akan guna konsep yang sama iaitu backpacker. Untuk kos ground, bajet kami dalam RM1500 seorang, harap-harap within the budget le..So far, accommodation dan transport dah settle..
Ok, mari kita cerita berkaitan TRIP REDAH PERTH
Pertama sekali untuk masuk ke Australia, rakyat Malaysia perlu memohon Visa/ ETA (Electronic Travel Authority). Cara memohon visa ni agak mudah.Di mana nak mohon visa ni?Kita boleh mohon di mana-mana travel agency yang menyediakan perkhidmatan ini atau melalui online.Dan harga untuk visa ini berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang murah.Untuk Visa ke Australia ni saya buat dari travel agency di KL, dengan harga RM30 seorang..
Budget traveler macam saya memang akan
cuba sedaya upaya untuk cut cost especially bila masuk bab makan. Since
currency exchange antara Malaysia dan Australia agak mahal (secara
kasar RM3 = AUD1), so saya akan cuba bawak sebanyak yang boleh untuk
cover expenses kat part makan.dan untuk mengurangkan kos makan diluar juga, saya memilih penginapan yang ada kitchen..
Bagi Australia, negara diorg agak strict berkaitan makanan yang dibawa masuk..Ada beberapa makanan yang tidak boleh dibawa. Antaranya milo 3 in 1 dan serunding daging.
Tempat lawatan di Perth?
1. Caversham Wildlife Park - nak tengok kangaroo dan wombat..Selain itu, ada farm show.
2. Araluen Botanical Garden - ada rezeki boleh tengok tulips
3. E-Shed Market- shopping souvenirs
4. Pinnacles Desert
5. Lancelin- Sandboarding activities
6. Cape Leeuwin Light House - boleh lihat pertembungan antara lautan hindi dan lautan Pasifik
7. Busselton Jetty
8. Thrombolite
9. King Park
Itu perancangan awalnya belum finalise lagi...